Pertandingan eDOLA PSMZA 2019
Tuesday, 19 March 2019
Leave a Comment
Pertandingan eDOLA merupakan pertandingan video pendek pembelajaran dan pengajaran. Tujuan PSMZA menganjurkan pertandingan ini adalah untuk menyemarakkan suasana e-pembelajaran. Selain itu, video-video terbaik akan mewakili PSMZA ke pertandingan eDOLA peringkat Politeknik Malaysia.
Syarat Pertandingan
Pertandingan ini mempunyai 3 kategori. Kategori dan syarat penyertaan setiap kategori adalah seperti berikut1- VIDEO e-Micro Content Competition (eMCC)
- Bilangan peserta 3 orang pelajar dan 1 orang pensyarah penyelia.
- Peserta perlu menghasilkan video sepanjang 2-4 minit.
- Video mestilah ada kaitan dengan apa yang dipelajari di politeknik (perlu nyatakan kod dan nama subjek semasa pendaftaran).
- Video perlu asli dan dirakam pada 2019.
- Bahan (muzik, footage) yang bukan dibuat sendiri perlulah berstatus copyright free dan perlu dinyatakan sumbernya.
- Video perlulah ada narration (suara latar)
- Video perlulah dalam Bahasa Inggeris, kecuali subjek Pengajian Am yang tertentu.
Contoh video >>> Water Treatment
Contoh video >>> Multimeter
- Pertandingan ini memfokuskan kepada penyediaan bahan e-kandungan innovatif melalui nyanyian secara individu atau berkumpulan.
- Bilangan peserta 3 orang pelajar dan 1 orang pensyarah penyelia.
- Peserta perlu menghasilkan video nyanyian sepanjang 2-4 minit secara ACAPELLA
- Lirik adalah dalam bentuk Formula / Tips / Nota berdasarkan kurikulum semasa. (perlu nyatakan kod dan nama subjek semasa pendaftaran)
- Dilarang menggunakan sebarang music minus-1.
- Bunyi hanya boleh dihasilkan menggunakan peralatan TVET (Spanar / Tetikus/ Penukul dll), tangan, kaki, dan suara sahaja.
- Sebarang melodi pihak ketiga yang digunakan peserta perlu menyatakannya atau dikreditkan tajuk melodi tersebut dalam video muzik pertandingan ini.
- Peserta perlu dalam pergerakan, pakaian, dan lirik lagu yang sopan.
- Video perlulah dalam Bahasa Inggeris, kecuali subjek Pengajian Am yang tertentu.
Contoh video >>> Hydro Formula
3- Poli TV
- Poli TV adalah saluran berita politeknik Malaysia. Ia fokus kepada berita-berita berkaiatan politeknik (PSMZA khasnya).
- Bilangan peserta 4 orang (campuran pensyarah dan pelajar). Tapi perlu sekurang-kurangnya seorang pelajar.
- Wartawan mesti pelajar.
- Panjang video 3 minit (+-15 saat)
- Peserta boleh melaporkan aktiviti di PSMZA. Contohnya aktiviti kokurikulum, lawatan sambil belajar dan program sukan
- Video perlulah dalam Bahasa Inggeris. Jika video dalam Bahasa Melayu, perlu ada sarikata dalam Bahasa Inggeris
- Setiap video menggunakan intro dan outro berikut >>> klik sini.
- Wartawan perlu mengikuti skrip intro dan outro berikut >>> klik sini
Contoh video >>> CSR Pondok Manazil Sidiqin
Contoh video >>> Policy Dialogue International Skills Partnerships
Hadiah Pertandingan
Setiap penyertaan akan menerima sijil.
Hadiah pemenang bagi setiap kategori
Tempat pertama: R150 tunai dan sijil
Tempat kedua: RM100 tunai dan sijil
Tempat ketiga: RM80 dan sijil
3 tempat saguhati: Hamper bernilai RM20 dan sijil bagi setiap pemenang
Pendaftaran
- Buat video anda (digalakkan dalam HD, sekurang-kurangnya 720p)
- Muat naik ke dalam Youtube.
- Copy link Youtube video tersebut dan daftarkan ia di sini.
- Pendaftaran dibuka sehingga 30 Jun 2019.
Jika ada sebarang masalah, jangan segan untuk hubungi / whatsapp Pegawai e-Pembelajaran PSMZA, En. Nizam di talian 0197223166.
0 comments »
Leave your response!