Aspek Pedagogi Blended Learning
Konsep Pembelajaran Teradun di Politeknik Malaysia menggunakan pendekatan Flipped Classroom. Secara amnya, ini bererti bahawa semua pembelajaran teori (konsep) akan dipelajari oleh pelajar secara atas talian dan segala perbincangan pengukuhan berkaitan teori tersebut akan dilakukan secara bersemuka.
Konsep "Flipped Classroom" |
Pendekatan ini bermaksud konsep pengajaran bersemuka tidak lagi diguna pakai sepenuhnya, pensyarah tidak perlu untuk mengajar topik-topik teori secara syarahan bersemuka. Peranan pensyarah kini adalah untuk membantu pelajar memahami konsep dan teori tersebut melalui sesi pembelajaran berteraskan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student Centered Learning). Kaedah pengajaran pensyarah mesti berubah di mana syarahan bersemuka tidak lagi digalakkan dan ianya harus diganti dengan tugas-tugas merancang, mengelola, menyokong dan membantu (facilitate) pembelajaran. Satu rangkaian pembelajaran yang mantap perlu dirancang oleh pensyarah untuk membantu pelajar memperolehi pengalaman pembelajaran yang terbaik.
Rangkaian Pembelajaran antara Pensyarah, Pelajar dan Industri |
Jadual ‘Blended Learning Distribution Table’ (BLDT) digunapakai bagi melaksanakan amalan Pembelajaran Teradun mengikut kehendak Masa Pembelajaran Pelajar, SLT (Student Learning Time).
Pengiraan BLDT hanya memfokus kepada jumlah masa ‘Lecture’ atau ‘Theory’ yang diambil dari dokumen kurikulum. Masa ini dijadikan sebagai asas untuk pengiraan jumlah bahan LO, dan eNotes yang perlu dibangunkan untuk sesuatu kursus. Selain dari itu, jumlah masa eKolaborasi Kelas (e/Collaboration Classroom - e/CC), juga dapat dikenalpasti. Antara pengisian e/CC adalah pembelajaran berbentuk:
- Active Learning (Bonwell & Eison, 1991)
- Collaborative Learning (Bruffe, 1984)
- Cooperative Learning (Johnson et el, 1991)
- Problem Based Learning dll.
YouTube Channel