Road Tour Blended Learning Zon Timur
1.0 PENGENALAN
Sistem CIDOS atau lebih dikenali sebagai Curriculum Information Documentation Online System dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Jabatan Pembangunan Politeknik. Ia boleh diakses melalui http://portal.cidos.edu.my. Salah satu aplikasi yang terdapat di dalam CIDOS ialah Learning Management System (LMS) versi 2.5.
Aplikasi LMS ini merupakan salah satu alternatif untuk menjalankan aktiviti P&P secara online untuk mendapatkan nota-nota kuliah, soalan tugasan, contoh-contoh soalan peperiksaan, forum dan sebagainya berbanding kaedah konvensional. Hal ini demikian secara tidak langsung, menerapkan budaya pembelajaran kendiri menerusi kaedah E-Learning.
Dalam usaha memperkasakan lagi penggunaan sistem CIDOS di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dibawah seliaan Pegawai E-learning dan ahli jawatankuasa telah melaksanakan ROAD TOUR BLENDED LEARNING peringkat Zon Timur melibatkan beberapa buah politeknik di pantai timur seperti Politeknik Hulu Terengganu, Politeknik Muadzam Shah, dan Politeknik Kuala Terengganu. Kursus ini telah dirancang dan dijayakan bersama dengan Pegawai-pegawai dari Unit Pembelajaran Digital, Bahagian Instruksional Dan Pembelajaran Digital Jabatan pengajian politeknik serta Pegawai E-Pembelajaran dan Penyelaras disetiap jabatan.
2.0 OBJEKTIF
- Memberikan pendedahan berkaitan kriteria Blended Learning yang dinilai di dalam Learning Management System (LMS) CIDOS versi 2.5.
- Memberi panduan dan bimbingan kepada semua penyelaras e-Learning Jabatan serta pensyarah yang dipilih mengenai cara memaksimumkan penggunaan platform pensyarah bagi membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran di portal baru CIDOS.
- Meningkatkan mutu kerja serta menerapkan nilai budaya kerja cemerlang pada setiap peserta kursus.
- Memastikan semua platform peserta dapat mencapai taraf Blended seterusnya meningkatkan angka peratusan yang diharapkan.
3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI
Kursus ini telah dijalankan pada 24 – 26 Februari 2015 melibatkan semua pensyarah yang dilantik sebagai Penyelaras CIDOS di setiap jabatan, pensyarah-pensyarah yang terlibat dengan Blended Learning di jabatan serta wakil-wakil peserta dari politeknik zon timur yang lain. Kursus adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta berkenaan konsep, kaedah dan kriteria yang digunapakai dalam Blended Learning.
Kursus dimulakan dengan sesi pengenalan Blended Learning yang dipersembahkan oleh Puan Mazwina Hanim dari JPP dan En. Ab Aziz Ikhwan, pegawai e-learning dari PSMZA. Seterusnya, kursus diteruskan dengan pelaksanaan aktiviti di dalam platform kursus masing-masing yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan dari JPP, PMS dan PHT serta tidak ketinggalan dari PSMZA sendiri.
Di dalam kursus ini juga, peserta telah diajar tentang pengenalan sistem, cara penggunaan, fungsi setiap menu serta diberikan latihan sebelum sesi kursus ditamatkan.
4.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kebanyakan peserta kursus amat berminat dengan penganjuran Road Tour Blended Learning buat kali pertama ini dengan wujudnya LMS versi 2.5. Ini kerana antaramuka serta fungsi2 yang terdapat di dalamnya lebih menarik dan memudahkan pensyarah menggunakannya.
Maklumbalas dikalangan pensyarah tentang penganjuran Road Tour ini juga amat memuaskan. Disamping dapat menimba ilmu daripada para penceramah, mereka juga dapat bertemu dan bekerjasama dengan peserta-peserta dari politeknik lain. Di harap, kerjasama dan keterlibatan mereka ini dapat dikekal dan diteruskan pada masa akan datang seterusnya mencapai matlamat penggunaan pembelajaran mudah melalui kaedah E-Learning.
GAMBAR AKTIVITI
Maklumbalas dikalangan pensyarah tentang penganjuran Road Tour ini juga amat memuaskan. Disamping dapat menimba ilmu daripada para penceramah, mereka juga dapat bertemu dan bekerjasama dengan peserta-peserta dari politeknik lain. Di harap, kerjasama dan keterlibatan mereka ini dapat dikekal dan diteruskan pada masa akan datang seterusnya mencapai matlamat penggunaan pembelajaran mudah melalui kaedah E-Learning.
GAMBAR AKTIVITI
YouTube Channel