Definisi Blended Learning
DEFINISI
Definasi operasi (OD) Mod Blended atau pembelajaran teradun yang di gunakan adalah merujuk kepada kursus yang mempunyai campuran pendekatan pembelajaran mod online dan mod pembelajaran bersemuka dengan 30% - 80% kandungan dan aktiviti kursus dikendalikan secara online sama ada menyokong atau menggantikan pembelajaran bersemuka (CAP eLearning 2014, KPM).
Konsep Pembelajaran Teradun yang ingin diamalkan di semua Politeknik-Politeknik Malaysia akan memberi fokus kepada pedagogi abad ke-21 yang mengabungkan pembelajaran tradisional (bersemuka) dan pembelajaran secara atas talian. Jabatan Pengajian Politeknik berdasarkan keputusan CAP e-Pembelajaran KPM (2014) telah menetapkan bahawa 50% dari kursus yang anjurkan oleh IPTA mestilah berlaku secara atas talian menggunakapakai pendekatan Pembelajaran Teradun. Pelaksanaan ini akan bermula dari 2014.
PENDEKATAN
Pendekatan Pembelajaran Teradun adalah salah satu kaedah dalam e-pembelajaran. Pendekatan ini menggunakan teknologi digital terkini untuk memberi peluang dan kebebasan kepada orang ramai terutamanya pensyarah dan pelajar, tidak kira di mana mereka berada. Faktor peluang dan kebebasan ini amat berharga kepada mereka yang ingin memperbaiki kemampuan diri dalam memastikan masa depan yang lebih bermakna.
Walau bagaimanapun faktor peluang dan kebebasan ini perlu dirancang dan di kawal dengan sebaiknya untuk memastikan individu dapat memperolehi seberapa banyak manfaat daripadanya. Tanpa kawalan dan rancangan yang rapi, kebebasan dan peluang ini mungkin akan di salah guna atau terlepas begitu sahaja. Oleh itu, beberapa pendekatan ePembelajaran telah direka antaranya konsep Pembelajaran Teradun. Ia adalah salah satu kaedah perancangan dan pengawalan ePembelajaran yang telah mendapat perhatian di seluruh dunia.

YouTube Channel