Makluman dari CeLT: REUSE YOUR LMS PLATFORM
Saturday, 21 November 2015
Leave a Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman, laporan Blended
Learning Index (BLX) akan ditetapkan semula di dalam CIDOS yang akan
memaparkan BLX 0 bagi semua Politeknik bermula pada 15 November 2015. Jumlah pelajar dan jumlah aktiviti pelajar yang telah enrol di dalam LMS akan ditetapkan semula sebagai 0. Namun demikian, kandungan
nota, video, forum dan lain-lain bahan P&P yang telah dimuatnaik ke
dalam platform LMS tersebut tidak akan terpadam dan akan kekal seperti
yang telah dimuatnaik oleh pensyarah.
Kini,
pensyarah boleh menggunapakai semula platform LMS yang telah
dibangunkan di dalam CIDOS pada semester-semester yang akan datang (bagi
kursus yang sama). Pengiraan bagi laporan Blended Learning Index (BLX)
akan dikira dengan hanya mengambil jumlah pelajar baru yang enrol di dalam platform tersebut sahaja.
Maklumat
seperti kuiz, assignment dan gred pelajar lama tidak akan hilang di
dalam platform sedia ada. Ini membolehkan pensyarah menyimpan rekod
tersebut untuk rujukan pada masa yang akan datang. Pensyarah juga boleh
membuat "grouping" di
dalam LMS bagi memudahkan pengurusan di dalam sesebuah LMS - mohon
rujuk ADMIN CIDOS masing-masing untuk mempelajari teknik membuat grouping.
Penggunaan semula (reuse) platform ini adalah penting untuk memastikan kapasiti ruang penyimpanan data adalah di tahap yang optimum.Walaubagaimanapun, bagi pensyarah yang akan mengajar kursus berbeza pada semester hadapan, platform LMS baharu boleh diwujudkan sesuai dengan kaedah P&P masing-masing.
~ sumber: celtpoliteknik.org ~
0 comments »
Leave your response!