Pertandingan eDOLA PSMZA 2019

Tuesday 19 March 2019 Leave a Comment




Pertandingan eDOLA merupakan pertandingan video pendek pembelajaran dan pengajaran. Tujuan PSMZA menganjurkan pertandingan ini adalah untuk menyemarakkan suasana e-pembelajaran. Selain itu, video-video terbaik akan mewakili PSMZA ke pertandingan eDOLA peringkat Politeknik Malaysia.

Syarat Pertandingan

Pertandingan ini mempunyai 3 kategori. Kategori dan syarat penyertaan setiap kategori adalah seperti berikut

1- VIDEO e-Micro Content Competition (eMCC)
  1. Bilangan peserta 3 orang pelajar dan 1 orang pensyarah penyelia.
  2. Peserta perlu menghasilkan video sepanjang 2-4 minit.
  3. Video mestilah ada kaitan dengan apa yang dipelajari di politeknik (perlu nyatakan kod dan nama subjek semasa pendaftaran).
  4. Video perlu asli dan dirakam pada 2019.
  5. Bahan (muzik, footage) yang bukan dibuat sendiri perlulah berstatus copyright free dan perlu dinyatakan sumbernya.
  6. Video perlulah ada narration (suara latar) 
  7. Video perlulah dalam Bahasa Inggeris, kecuali subjek Pengajian Am yang tertentu.
Contoh video >>> Application of Force
Contoh video >>> Water Treatment
Contoh video >>> Multimeter


2- TVET TUNES
  1. Pertandingan ini memfokuskan kepada penyediaan bahan e-kandungan innovatif melalui nyanyian secara individu atau berkumpulan.
  2. Bilangan peserta 3 orang pelajar dan 1 orang pensyarah penyelia.
  3. Peserta perlu menghasilkan video nyanyian sepanjang 2-4 minit secara ACAPELLA
  4. Lirik adalah dalam bentuk Formula / Tips / Nota berdasarkan kurikulum semasa. (perlu nyatakan kod dan nama subjek semasa pendaftaran)
  5. Dilarang menggunakan sebarang music minus-1. 
  6. Bunyi hanya boleh dihasilkan menggunakan peralatan TVET (Spanar / Tetikus/ Penukul dll), tangan, kaki, dan suara sahaja.
  7. Sebarang melodi pihak ketiga yang digunakan peserta perlu menyatakannya atau dikreditkan tajuk melodi tersebut dalam video muzik pertandingan ini.
  8. Peserta perlu dalam pergerakan, pakaian, dan lirik lagu yang sopan.
  9. Video perlulah dalam Bahasa Inggeris, kecuali subjek Pengajian Am yang tertentu.
Contoh video >>> Air Pollution
Contoh video >>> Entropic Time
Contoh video >>> Hydro Formula


3- Poli TV
  1. Poli TV adalah saluran berita politeknik Malaysia. Ia fokus kepada berita-berita berkaiatan politeknik (PSMZA khasnya).
  2. Bilangan peserta 4 orang (campuran pensyarah dan pelajar). Tapi perlu sekurang-kurangnya seorang pelajar.
  3. Wartawan mesti pelajar.
  4. Panjang video 3 minit (+-15 saat)
  5. Peserta boleh melaporkan aktiviti di PSMZA. Contohnya aktiviti kokurikulum, lawatan sambil belajar dan program sukan
  6. Video perlulah dalam Bahasa Inggeris. Jika video dalam Bahasa Melayu, perlu ada sarikata dalam Bahasa Inggeris
  7. Setiap video menggunakan intro dan outro berikut >>> klik sini.
  8. Wartawan perlu mengikuti skrip intro dan outro berikut >>> klik sini
Contoh video >>> CSR Rumah Ehsan
Contoh video >>> CSR Pondok Manazil Sidiqin
Contoh video >>> Policy Dialogue International Skills Partnerships

Hadiah Pertandingan

Setiap penyertaan akan menerima sijil. 

Hadiah pemenang bagi setiap kategori
Tempat pertama: R150 tunai dan sijil
Tempat kedua: RM100 tunai dan sijil
Tempat ketiga: RM80 dan sijil
3 tempat saguhati: Hamper bernilai RM20 dan sijil bagi setiap pemenang

Pendaftaran

  1. Buat video anda (digalakkan dalam HD, sekurang-kurangnya 720p)
  2. Muat naik ke dalam Youtube.
  3. Copy link Youtube video tersebut dan daftarkan ia di sini.
  4. Pendaftaran dibuka sehingga 30 Jun 2019.

>>> DAFTAR DI SINI <<<

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang masalah, jangan segan untuk hubungi / whatsapp Pegawai e-Pembelajaran PSMZA, En. Nizam di talian 0197223166.


0 comments »

Leave your response!